Thursday, November 16, 2023

Thursday, April 24, 2014

Kisah menunaikan Haji

https://www.facebook.com/photo.php?v=555166314537016&set=vb.100001309564335&type=2&theater

Sunday, May 8, 2011

Saiyidul Istighfar


Klik pada gambar untuk imej yang lebih besar. Saiyidul Istighfar adalah antara doa mustajab yang amat baik dijadikan amalan harian kita. Kebetulan juga ia adalah tersenarai diantara doa yang mustajab untuk dipohon semasa berada diTanah Suci.

Untuk teks bahasa arab doa, anda boleh lawati link ini.

Thursday, March 24, 2011

Black and white images

Me and pakcik "kisah sebatang rokok". Treated me like his own son and we went to perform umrah several times together. He hails from Sungai Buloh. Pakcik ni dulu dalam tentera... macam-macam pengalaman beliau dikongsikan bersama dengan penulis. Photo taken in our giant tent in Mina during wukuf.

Scene at Masjid Nabawi, Madinah while waiting for Maghrib prayers

Al-Suq Madinah - I ventured to the outskirts of Madinah on foot after Isha' prayers... to search for a working ATM Machine... Thank God for AlRajhi Bank

Rows of Zam-Zam water containers - ice cold or warm, take your pick

My and my dad, self portraiture handheld at Jabal Uhud

Tuesday, March 15, 2011

LELAKI YANG DIPASTIKAN MASUK SYURGA

Pada suatu malam Rasullullah S.A.W. telah memperkenalkan seorang lelaki penduduk asal kota Mekah. "Malam ini saya akan memperkenalkan salah seorang calon penghuni syurga” kata Nabi Muhammad. "Lelaki inilah penghuni syurga tersebut," kata Nabi Muhammad kepada sejumlah besar jemaah yang hadir untuk sembahyang Isyak. Antara sahabat yang hadir malam itu adalah Anas bin Malik dan Abdullah bin Umar. Mereka begitu tertarik untuk menyelidik ibadat lelaki tersebut.

Lelaki tersebut bukanlah orang alim. Malah ibadatnya biasa-biasa sahaja. Tidak terlihat hal-hal yang istimewa pada dirinya sebelum ini. Malah ketika Nabi memperkenalkannya, dia sudah bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Adakah Rasullulah hendak bergurau?

Malah yang lebih mengagumkan lagi, bukan pada malam itu sahaja Rasullulah menyatakan bahawa lelaki tersebut penghuni syurga. Malah keesokannya baginda turut berbuat demikian.

Maka para sahabat yang hadir semalam semakin ingin menyelidiki ibadat lelaki tersebut. Adakah dia hanya berlagak biasa di masjid tapi di rumahnya dia selalu berzikir dan berdoa? Ataupun dia begitu tulus sehingga tidak ada langsung ibadatnya diketahui orang lain?

Abdullah bin Umar tidak sanggup lagi menahan hasratnya apabila Rasullulah memperkenalkan lelaki tersebut sekali lagi. Selesai sembahyang Isyak berjemaah Abdullah segera keluar dan mengikut lelaki tersebut dari belakang. Lelaki tersebut yang merasa hairan melihat telatah Abdullah terus bertanya; "Kenapa engkau tergesa-gesa?"

"Jika engkau sudi aku ingin menjadi tetamu mu malam ini" kata Abdullah.

"Sungguh berbesar hati saya kerana saudara sudi bermalam di rumah saya" sahut lelaki tersebut kehairanan.

"Saya benar-benar ingin bermalam di rumah saudara setelah Rasullulah memperkenalkan sebagai orang paling baik dan saya ingin mencontohi ibadat saudara kerana saya juga ingin masuk syurga" jawab Abdullah.

"Tapi saya tidak ada ibadat lain melainkan daripada apa yang saudara lihat” jelas lelaki itu lagi.

”Tapi saya ingin menginap di rumah saudara"

"Kalau begitu silalah ke rumah saya" balas lelaki itu lagi.

Abdullah yakin dia akan dapat menyelidiki ibadat lelaki itu. Apabila sampai di rumah lelaki tersebut, Abdullah telah meminta izin untuk tidur lebih awal padahal dia belum mengantuk. Dia ingin mengintip ibadat lelaki tersebut. Dia ingin mengintai dan memasang telinganya dengan berhati-hati. Menurut Anas bin Malik, setelah 3 hari Abdullah tidur di rumah lelaki tersebut, tidak ada apa-apa yang istimewa yang dilihatnya. Lelaki itu tidak pernah berzikir bahkan sembahyang tahajjud pun tidak.

Pada malam pertama Abdullah menceritakan kepada Anas bahawa dia telah berpura-pura tidur dan lelaki lersebut tidur di sebelahnya. Pada mulanya lelaki itu tidur nyeyak... tetapi tengah malam dia terjaga.'Namun tidak ada apa-apa ibadat yang lelaki itu buat melainkan sekadar memusingkan badannya dan mengucap kalimah "Ya Allah" kemudian meneruskan tidurnya.

Begitulahlah yang berlaku pada malam seterusnya sampailah tiga malam berturut-turut. Oleh kerana Abdullah tidak melihat lelaki itu melakukan pelbagai ibadat-ibadat khusus pada malam hari, maka Abdullah berfikir mungkin ada kelebihan tertentu yang dimiliki lelaki tersebut hingga membuatnya mulia. Abdullah lalu bertanya kepada lelaki tersebut sebelum dia meninggalkan rumahnya.

"Wahai saudaraku, ingin sekali saya mengetahui kelebihanmu. Sudilah saudara memberitahu saya supaya saya juga boleh ke syurga," kata Abdullah.

"Tidak ada ibadat lain melainkan apa yang saudara lihat" jawab lelaki itu bersungguh-sungguh.

Setelah mendengar jawapan lelaki tersebut, Abdullah pun tak bertanya lagi dan berterima kasih kepada lelaki tersebut.

Sebelum Abdullah pergi, lelaki tersebut memanggilnya seraya berkata: "Saudara ...... memang tidak ada ibadat lain melainkan dari apa yang engkau lihat. Tetapi di samping itu saya tidak pernah iri hati kepada sesiapa pun" jelas lelaki tersebut memberi pengakuan.

"Rupanya inilah sikap terpuji pada dirimu. Maka aku berjanji tidak akan mencela sesiapapun. Terima kasih kerana memberi petunjuk yang berguna kepada saya," ujar Abdullah dengan gembira sambil beredar meninggalkan lelaki ahli syurga tersebut.