Monday, February 21, 2011

Assalamualaika Ya Nabiyalah

Blog entry ini ku tulis sempena ulangtahun kelahiran anak lelakiku, Muhammad Al-Muqarrabin yang pertama pada 24 Februari 2011 ini. Semoga anakku yang seorang ini membesar menjadi insan yang memberikan manfaat kepada ummat manusia. Amin. Tak lupa juga kepada ayahandaku, adikku Azrul Hafizi, my lil sis Nurmayamin, my nephew Muhammad Ismail & my daughter Zahratul Jamilah ... kesemuanya menyambut ulangtahun kelahiran mereka... erkkk penat nak type semua ni!

Tanggal 15hb Februari 2011 bersamaan dengan 12 Rabiul Awal baru-baru ini merupakan tarikh kelahiran junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W. 12 Rabiul Awal juga adalah tarikh Rasullulah S.A.W. dan Saidina Abu Bakr AlSiddiq r.a. selamat sampai berhijrah dari Makkah ke Madinah.

Penulis ingin membawa anda ke bumi yang berkah tersebut, Madinah AlMunawwarah, walaupun secara virtual... walau hanya sebentar sahaja. Dikongsikan bersama 2 video nashid yang diperdengarkan kepada para jemaah yang berkunjung 24/7 baik di Makkah ataupun di Madinah. Salah satu dari nashid dibawah ini, pada hemat penulis, mempunyai nada & rentak yang amat mirip sekali dengan nada dan rentak lagu Ilir-Ilir... (or I believe that it is the other way round.. nada dan rentak Ilir-Ilir amat mirip dengan Nashid Ya Taiba. Kerana yang menyampaikan dakwah & seruan kepada agama Islam ke bumi nusantara adalah dari keturunan Nabi S.A.W. juga) .







O Tayba, O Tayba
O cure of the patient
we missed you, and passion has called us to you

As the ship departed, it forgot me
they sailed away and my tears never dried up
they took my heart and my soul with them
O Tayba, you're the distracted's love

My direction of prayer (my Qiblah), the house of Allah, I'm patient
perhaps a day will come to visit you
I wonder, will I be looking upon AlKaaba
and being overwhelmed with it's safety.

Our prophet, my best wishes, to visit u,
At least once in my life
and near you, to perform my prayers
to praise my Lord, and to recite Qur'an

O Madina, How lucky you are
for the coming of the loadstar
May I have a shelter beside you
Indeed, your light has enchanted us

*Tayba adalah nama lain bagi Madinah

Masih terbayang dimata penulis, ketika menzirahi Madinah AlMunawwarah, pengunjung Masjid Nabawi berdesak-desak dalam barisan yang panjang, mengesot perlahan-lahan dari pintu Babul Salam, berjalan di dalam masjid melalui kawasan yang dahulunya merupakan tapak kediaman rumah sahabat agung, Saidina ABu Bakr AlSiddiq menghala terus ke tempat bersebelahan dengan AlRaudah (antara taman-taman Syurga), dimana Nabi berserta 2 orang sahabatnya dimakamkan. Ya Allah, dapat aku bayangkan betapa amat kecil sekali kawasan kamar kediaman Ummul Mukminin, para isteri Nabi, terasa amat melampau sekali kemewahan kehidupan dan kesenangan yang ku miliki dengan kediaman sederhana milik keluargaku di tanah air.

Aku dengan perlahan-lahan, sambil menolak kerusi roda versi mini yang dinaiki ayah, mendekati kawasan tersebut yang siap dikepung pleh petugas askar arab saudi yang memberikan kemudahan laluan kepada para pengunjung. Kedengaran selawat dan salam ke atas nabi diucapkan dari mulut pengunjung yang bermacam jenis bangsa dan warna kulit. Penulis turut sama dalam melaksanakan perkara yang sama... tidak dapat dibendung lagi air mata yang telah lama bergenang membasahi pipi, aku dengan rendah hati dan merasakan diri ini sebagai orang yang banyak melakukan salah dan silap, amat tidak layak sekali untuk mendapat penghormatan menziarahi Nabi. Hanya Rasulullah S.A.W. sahaja yang berhak memberikan syafaat dihari kebangkitan kelak. Benarkah kita layak untuk memperolehi bantuan dari Insan Utama yang akan menuntun kita menyeberang Titian Sirat dengan selamat ke syurga?

Marilah kita tanyakan diri sendiri-
  • Sudahkah aku benar-benar menyayangi Nabi Muhammad S.A.W?
  • Apakah aku telah mengajarkan kepada anak-anak mengenai beliau?
  • Apakah aku telah meneladani peribadi dan menerapkan akhlak mulia Nabi terakhir utusan Allah dalam diri dan keluarga?
  • Benarkah aku yang hina ini mempunyai rasa rindu yang mendalam untuk bertemu Rasulullah S.A.W. dalam keadaan jaga?
  • Sedarkah aku, bahawa walaupun Nabi Muhammad S.A.W telah wafat, keadaannya tidak sama dengan kematian makhluk lain?
  • Malukah aku sekiranya amalan perbuatan buruk yang ku lakukan dipertontonkan dihadapan kekasih Allah?
Majlis Maulidur Rasul - bukanlah pesta sukaria untuk berarak mengangkat sepandok.
Ianya bukan forum untuk membuat kekecohan atau bikin heboh satu Malaya.

Apakah kita hanya mengenang jasa dan perjuangan Nabi bermati-matian menyampai risalah yang diperintahkan oleh Allah, hanya apabila tiba tarikh 12 Rabiul Awal saban tahun?

Kita tidak perlu tunggu tarikh ini berulang tiba. Esok hari mungkin kita telah berpindah ke Alam yang lain. Maka terapkanlah tiap-tiap hari anda dengan masa untuk mengingati dan bersyukur atas kurnia Allah dan berselawat kepada Rasulnya.

Assalamualaika Ya Nabiyalah, Assalamualaika Ya Habiballah..
Allahumasolli ala saidina Muhammad, Ya Rabbi solli alaihi wassalim.