Keturunan Yahudi Bani Quraizah tidak mahu menyerah diri walaupun dikepung oleh kaum Muslimin akibat pengkhianatan mereka dalam peperangan Ahzab.
Akhirnya, Yahudi Bani Quraizah meminta Muhammad menghantar wakil untuk berunding. Muhammad menghantar Abu Lubabah, salah seorang sahabat yang turut serta dalam peperangan Badar untuk mewakili beliau bagi mendengar permintaan keturunan Quraizah, Mereka bertanya perkara yang perlu mereka buat.
Abu Lubabah berkata, "Tidak ada jalan lain melainkan kamu semua menyerah diri kepada Muhammad."
Mereka bertanya lagi, "Wahai Abu Lubabah, kalau kami menyerah, apa yang Muhammad akan buat kepada kami?"
Secara tidak sedar, Abu Lubabah mengisyaratkan jarinya ke lehernya. la bermaksud kamu semua akan dihukum mati. Pada masa itu, baru Abu Lubabah teringat yang dia telah membuka rahsia Nabi. Terus dia meninggalkan orang-orang Yahudi dan pergi ke masjid.
Dia meminta isterinya mengikatnya di tiang masjid kerana mengkhianati Allah dan rasulnya. Jangan ada siapa yang melepaskan aku sehingga Rasulullah mengampunkan aku serta mengatakan bahawa dia tidak akan meninggalkan tempat dia diikat sehinggalah Allah mengampuninya dan tidak akan berpijak di bumi Bani Quraizah yang merupakan tempat dia melakukan pengkhianatan kepada Allah dan Rasulnya.
Apabila berita ini sampai kepada Nabi Nabi dengan turunnya Surah Al-Anfal : 27 yang bermaksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman!Janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)".
Ianya merupakan teguran Allah terhadap perbuatan Abu Lubabah dan Nabi berkata berkata "Aku tidak akan maafkan Abu Lubabah sehinggalah Allah mengampunkan dia. Jadi, Abu Lubabah terus diikat selama enam hari. Sepanjang masa itu, dia merintih dan bertaubat hinggalah Allah menurunkan wahyu mengampunkan Abu Lubabah dengan turunnya ayat 102 surah At-Taubah.Nabi sendiri yang membuka ikatan tali tersebut dari tiang tersebut.
Tiang itu kini dikenali sebagai Tiang Taubat.