Sunday, November 7, 2010

Fitnah dunia di Makkah

seorang ustaz dan juga pengetua sebuah pusat tahfiz di KK menceritakan mengenai fitnah akhir zaman yangg dapat disaksikan sendiri di Kota Makkah iaitu banyaknya terdapat ceper penerima setelit yang mengakibatkan umat Islam dibanjiri dan dihidangkan dengan siaran media bebas yang langsung tidak ditapis yang didokong oleh syarikat swasta yang didalangi Barat. Aku pada mulanya tidak berapa bersetuju dengan kenyataan tersebut, namun setelah sampai ke Makkah barulah aku mempercayai kenyataan sang ustaz..

Apa sudah jadi??? Setahu aku perbuatan baik digandakan beribu kali ganda, tak terlepas juga perbuatan jahat, pun digandakan balasannya juga. Sendiri buat sendirilah tanggung. Aku menonton tv arab yg mana seorang ulama menyesali apa yg telah terjadi. Ada lebih 500 channels dan hampir kesemuanya menawarkan siaran tidak berlesen (tayang filem rancangan cetak rompak yg mana mereka tak bayar royalti kepada penerbit asal).

Percayalah ataupun tidak inilah salah satu tanda akhir zaman. Bab banyaknya setelit ada dinyatakan dalam sebuah buKu yang kubeli hari tu kat Pasar Madinah- nanti balik Msia aku story je... sebab buKu tu aku dah poskan ke Malaysia.

No comments:

Post a Comment