Wednesday, January 12, 2011

Kalimat Allah pada kurma Ajwah (Kurma Nabi)


Penulis dah lama mengetahu perkara ini... tapi terpanggil untuk menyampaikan - sebab geram ... orang mungkin yang tak perasan, bila saja ada rakan atau saudara mara pulang dari tanah suci, biasanya ole-ole yang dibawa pulang antara lain adalah air zam-zam dan juga kurma ajwah (kurma nabi). Masa tu masing-masing berebut nak merasa kurma nabi, komplen kenapa kecik aje buahnya etc etc tapi lepas makan, tanpa rasa hormat terus campak sahaja bijinya tah merata itu - namun hakikatnya kurma ajwah yang ditanam oleh Nabi S.A.W. di kebun kurma yang berada di kawasan Masjid Quba' ada tertera kalimat "Allah". Kadangkala juga ada yang tertulis "Muhammad". Rasa lucu pun ada lepas tengok gelagat mereka setelah dimaklumkan perkara ini, sibuk dok mengais-ngais tong sampah mencari kembali biji kurma yang tah kemana menghilang dalam timbunan sampah!

Bagi yang tahu, biasanya mereka akan menanam biji kurma tersebut, takut terlangkah - ada juga kes biji yang ditanam tumbuh menjadi pokok kurma!

Bagi yang berpengetahuan, kurma Ajwah ni selalunya org buat ubat. Antara cara pengubatan yang digunakan, rendam dalam air mutlak, baca AlFatihah & selawat dan diniatkan minum untuk mengubat.

Wallahuaklam

Tuesday, January 11, 2011

Pahala yang berterusan setelah kematian

Hadis Rasulullah S.A.W. diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. dari Sunan Ibn Majah

"Bahawasanya yang akan menurut seorang Mukmin dari amalannya dan kebaktiannya sesudah matinya, iaitu ilmu yang diajarkannya, atau yang disebarkannya; anak soleh yang ditinggalkannya, atau mushaf yang diwariskannya, ataupun masjid yang dibinanya, atau rumah yang dibangunkan bagi Ibnu Sabil, ataupun sungai yang digalinya, ataupun sedekah yang dikeluarkannya dari hartanya sendiri dalam masa sihatnya dan hayatnya akan menurutinya nanti sesudah matinya."

Daripada Huzaifah, katanya: Pernah dalam zaman Rasulullah s.a.w. ada seorang meminta sedekah, tetapi orang ramai tidak memberinya apa-apa. Kemudian ada seorang lelaki datang dan memberi-nya, lalu ramailah orang lain turut memberinya pula, maka bersabda Rasulullah s.a.w.:

"Sesiapa yang memulakan suatu kebaikan, lalu ramai yang mengikutinya, maka baginya pahala kebaikan itu, dan juga dari pahala-pahala kebaikan orang yang mengikut jejak langkahnya itu, tiada dikurangi barang sedikit pun dari pahala-pahala mereka itu. Dan sesiapa yang memulakan suatu kejahatan, lalu ramai orang yang mengikutinya, maka dia akan menanggung dosanya dan dari dosa-dosa kejahatan orang yang mengikut jejak-langkahnya, tiada dikurangi barang sedikit pun dari dosa-dosa mereka itu."

Sunday, January 9, 2011

Ratapan dari Kubur

Khusus untuk anak-anakku,
(Jamilah, Husna, Sakinah & AlMuqarrabin)

Anakku,
Sudah beberapa lama detik kepulanganku telah berlalu.Apakah kau masih ingat lagi pada ayah?
Hiba sekali perasaanku meratap pilu - apakah kau telah melupakan ayah?
Lantaran telah sekian lama aku menunggu, dan tiada lagi kiriman hadiah dari mu, wahai anakku...
Atau kau hanya mengenang ayah, hanya di hari ulang tahun kelahiran ku sahaja?
Sesungguhnya di atas bahumu terletak harapan terakhir ku...
Ayahmu ini semasa hidupnya hanya insan biasa,
Hamba yang berdosa, tinggi angan-angan, banyak kenangan serta serba-serbi kekurangan.
Saban hari kiat berusaha menampung segala kelemahan dalam mengejar Maghfirah.
Kepada Rabb aku bersangka baik dalam mengharapkan pengampunan.
Maka, ambilah pengajaran berguna dari kedhaifan ayahmu ini!!!

Apakah sempurna solat lima waktu kau laksanakan, sayang?
Ku harapkan kau tetap setia berbakti kepada ibumu wahai anakku, kerna
tiada lain yang ku harapkan pada mu,
melainkan kau menunaikan amal soleh, membaca dan mendalami kalamullah, Al-Quranul Majid serta doa tulus dari benak hati mu,
Sebagai sedekah jariah bantuan ikhlas darimu agar ruh ku dirahmati Allah,
untuk kesejahteraan ayahmu yang kini telah pergi tidak kembali lagi.

Ketahuilah...
itulah hadiah darimu yang paling ku nanti-nantikan saban hari,
untuk menerangi dan menemaniku di persemadian ini.
Jagalah batas pergaulan seharian mu wahai anakku.
Jangan sampai kau melampaui batas tatasusila seorang muslim.

Sesungguhnya mati itu benar,
Azab siksaan kubur itu benar, dan
Kesemua janji Allah itu juga benar.

Aduhai, masih lama penantian ini... sehingga akhir masa
dan masih jauh perjalanan yang akan ditempohi sementara menunggu hisab!
Tidak ku ketahui ke mana ayah akan dicampakkan kelak!!

Maka berpegang teguhlah dengan kalimat Laa iLaha Ilallah.. Muhammadur Rasulullah.
Semoga kita semua dapat dipertemukan dan berkumpul semula
Dan kepada Allah jualah kita akan kembali.

Shah Alam
07 Januari 2011

Thursday, January 6, 2011

Munajat seorang muslim menjejaki usia 40 tahun


“Ya Rabb, tunjukilah aku agar mensyukuri nikmat yang telah Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal soleh yang Engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Mu dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri"

(Surah Al-Ahqaf ayat 15)