Tuesday, January 11, 2011

Pahala yang berterusan setelah kematian

Hadis Rasulullah S.A.W. diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. dari Sunan Ibn Majah

"Bahawasanya yang akan menurut seorang Mukmin dari amalannya dan kebaktiannya sesudah matinya, iaitu ilmu yang diajarkannya, atau yang disebarkannya; anak soleh yang ditinggalkannya, atau mushaf yang diwariskannya, ataupun masjid yang dibinanya, atau rumah yang dibangunkan bagi Ibnu Sabil, ataupun sungai yang digalinya, ataupun sedekah yang dikeluarkannya dari hartanya sendiri dalam masa sihatnya dan hayatnya akan menurutinya nanti sesudah matinya."

Daripada Huzaifah, katanya: Pernah dalam zaman Rasulullah s.a.w. ada seorang meminta sedekah, tetapi orang ramai tidak memberinya apa-apa. Kemudian ada seorang lelaki datang dan memberi-nya, lalu ramailah orang lain turut memberinya pula, maka bersabda Rasulullah s.a.w.:

"Sesiapa yang memulakan suatu kebaikan, lalu ramai yang mengikutinya, maka baginya pahala kebaikan itu, dan juga dari pahala-pahala kebaikan orang yang mengikut jejak langkahnya itu, tiada dikurangi barang sedikit pun dari pahala-pahala mereka itu. Dan sesiapa yang memulakan suatu kejahatan, lalu ramai orang yang mengikutinya, maka dia akan menanggung dosanya dan dari dosa-dosa kejahatan orang yang mengikut jejak-langkahnya, tiada dikurangi barang sedikit pun dari dosa-dosa mereka itu."

No comments:

Post a Comment