Friday, December 24, 2010

Kisah Tiang Taubat di Masjid Nabawi

Tiang Taubat di Masjid Nabawi

Keturunan Yahudi Bani Quraizah tidak mahu menyerah diri walaupun dikepung oleh kaum Muslimin akibat pengkhianatan mereka dalam peperangan Ahzab.

Akhirnya, Yahudi Bani Quraizah meminta Muhammad menghantar wakil untuk berunding. Muhammad menghantar Abu Lubabah, salah seorang sahabat yang turut serta dalam peperangan Badar untuk mewakili beliau bagi mendengar permintaan keturunan Quraizah, Mereka bertanya perkara yang perlu mereka buat.


Abu Lubabah berkata, "Tidak ada jalan lain melainkan kamu semua menyerah diri kepada Muhammad."

Mereka bertanya lagi, "Wahai Abu Lubabah, kalau kami menyerah, apa yang Muhammad akan buat kepada kami?"

Secara tidak sedar, Abu Lubabah mengisyaratkan jarinya ke lehernya. la bermaksud kamu semua akan dihukum mati. Pada masa itu, baru Abu Lubabah teringat yang
dia telah membuka rahsia Nabi. Terus dia meninggalkan orang-orang Yahudi dan pergi ke masjid.

Dia meminta isterinya mengikatnya di tiang masjid kerana mengkhianati Allah dan rasulnya. Jangan ada siapa yang melepaskan aku sehingga Rasulullah mengampunkan aku serta mengatakan bahawa dia tidak akan meninggalkan tempat dia diikat sehinggalah Allah mengampuninya dan tidak akan berpijak di bumi Bani Quraizah yang merupakan tempat dia melakukan pengkhianatan kepada Allah dan Rasulnya.


Apabila berita ini sampai kepada Nabi Nabi dengan turunnya Surah Al-Anfal : 27
yang bermaksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman!Janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)".

Ianya
merupakan teguran Allah terhadap perbuatan Abu Lubabah dan Nabi berkata berkata "Aku tidak akan maafkan Abu Lubabah sehinggalah Allah mengampunkan dia. Jadi, Abu Lubabah terus diikat selama enam hari. Sepanjang masa itu, dia merintih dan bertaubat hinggalah Allah menurunkan wahyu mengampunkan Abu Lubabah dengan turunnya ayat 102 surah At-Taubah.Nabi sendiri yang membuka ikatan tali tersebut dari tiang tersebut.

Tiang itu kini dikenali sebagai Tiang Taubat.

Wednesday, December 22, 2010

Raudhah dan Tiang Aisyah R.A.

Notis pemberitahuan pintu masuk ke Raudhah untuk wanita

Antara kubah yang berada dalam kawasan Raudhah

Mimbar Nabi S.A.W

Dari Abu Hurairah R.A., Rasulullah S.A.W. bersabda “Antara rumahku dan mimbarku adalah salah satu taman dari taman-taman surga dan mimbarku akan berada di telaga Kautsar pada hari Kiamat” - Riwayat Bukhari Muslim.

Aisyah R.A. meriwayatkan bahwa Rasulullah S.A.W. telah bersabda, “Ada tempat yang sangat penting di dalam Masjid Nabawi yang mulia, jika seorang mengetahuinya, mereka akan mengadakan undian untuk mendapatkan kesempatan agar bapat solat di sana”. Para Sahabat bertanya kepada Aisyah R.A. tentang tempat ini. Aishah R.A. menolak untuk memberitahukan lokasi tempat tersebut. Akhirnya para sahabat pergi, sedangkan Aisyah R.A. masih bersama dengan anak saudaranya Abdullah bin Zubair R.A.(anak kepada Asma' binti Abu Bakar dan juga muslim pertama yang lahir dalam masyarakat Islam semasa peristiwa hijrah ke Madinah) Para sahabat menyaksikan bahwa Abdullah bin Zubair RA melakukan shalat dekat dengan tiang Aisyah. Para Sahabat meyakini bahwa Aisyah R.A. memberitahukan tempat tersebut secara rahasia kepada anak saudaranya itu. Tempat itu dinamakan dan dikenali sehingga kini sebagai Tiang Aisyah.

Tiang Aisyah (menurut seorang jemaah dari Libya yang berbual dengan ku, lokasi katil Aisyah R.A. yang mana Rasulullah selalu bersolat malam disebelahnya hinggakan bengkak-bengkak kaki baginda... baca betul-betul tulisan pada tiang tersebut ada menyebur "sarir" - katil)

Makam Abdullah bin Zubair R.A. di Perkuburan Ma'la, Makkah AlMukarramah yang sempat diziarahi oleh penulis (lokasi petak kecil di tengah gambar)

Next posting - kisah Tiang Taubat berserta foto bidikan penulis! (tak diceritakan semasa kursus haji - penulis mencarinya sendiri di Masjid Nabawi)





Tuesday, December 14, 2010

Interesting photos in Madinah Al Munawwarah

Menara Masjid Nabawi - Courtyard area (kawasan payung)

Panduan menziarahi kubur - Makam Shuhada Uhud

Lampu-lampu besar di Masjid Nabawi.. lokasi tangga ke tingkat atas (atap dewan solat)

Penulis bergambar berhampiran salah sebuah menara Masjid Nabawi (tingkat atas)

Silhouette Menara Masjid Nabawi

Payung Masjid Nabawi sedang berkembang

Shot taken from the stairways to the roof top

Sunday, November 7, 2010

Fitnah dunia di Makkah

seorang ustaz dan juga pengetua sebuah pusat tahfiz di KK menceritakan mengenai fitnah akhir zaman yangg dapat disaksikan sendiri di Kota Makkah iaitu banyaknya terdapat ceper penerima setelit yang mengakibatkan umat Islam dibanjiri dan dihidangkan dengan siaran media bebas yang langsung tidak ditapis yang didokong oleh syarikat swasta yang didalangi Barat. Aku pada mulanya tidak berapa bersetuju dengan kenyataan tersebut, namun setelah sampai ke Makkah barulah aku mempercayai kenyataan sang ustaz..

Apa sudah jadi??? Setahu aku perbuatan baik digandakan beribu kali ganda, tak terlepas juga perbuatan jahat, pun digandakan balasannya juga. Sendiri buat sendirilah tanggung. Aku menonton tv arab yg mana seorang ulama menyesali apa yg telah terjadi. Ada lebih 500 channels dan hampir kesemuanya menawarkan siaran tidak berlesen (tayang filem rancangan cetak rompak yg mana mereka tak bayar royalti kepada penerbit asal).

Percayalah ataupun tidak inilah salah satu tanda akhir zaman. Bab banyaknya setelit ada dinyatakan dalam sebuah buKu yang kubeli hari tu kat Pasar Madinah- nanti balik Msia aku story je... sebab buKu tu aku dah poskan ke Malaysia.

Persediaan untuk ke Tanah Suci

I know this is really crude tapi due to shortage of time and since I do n0t have access to a proper pc in Makkah, I guess that this will do for a start.

Other than making sure that you attended (if possible) all training provided masa kursus Haji, Insya Allah you would not face great difficulty when you arrive here.

Just to share some pointers that I, being a seasoned traveller pi overseas dok selalu buat.

1. As in a war, preparation is key to everything. Always travel prepared for any eventualities.

2. Stock up on all whatsoever medicines & vitamins. A botle of sunscreen / petroleum jelly helps prevent kaki/tumit/mulut kita pecah. Just don't use it masa dlm Ihram... nanti kena dam! Be wary of the dry weather. It can be very cold in Madinah during its dry winter season.

3. Don't forget your high quality sun glasses or clip-ons. Silau mata den sebab dah tertinggal benda ni!

4. Realising that berjuta ummat Islam menjadi jemaah Haji tahun ini, I am really afraid that I will get separated from my dad. I brought along a pair of working walkie talkie and many spare batteries. I bought those a couple of years ago and it helped me in all my overseas travels (its illegal to use one in Singapore).

5. Do bring along some el-cheapo cloth pegs & hangers. They are live savers!

6. Food may not not palatable . I packed my own small packets of serunding daging & borrowed a plastic sealer to keep each and every package hygienically sealed and enough for only 1 meal. per package. Masa kat Malaysia, kena komen ini idea mengarut, but dah sampai sini, the efforts were greatly appreciated.

7. On the itinerary masa kat Madinah, beware of tourists traps. Percayalah segala apabala kurma etc JAUH lebih murah kat pasar kurma di Madinah compared dgn apa yg depa jual kat Quba' or Kebun Kurma. Pi sana makan & minum free je but beli hanya di pasar Kurma Madinah. Kurma Ajwa will set you back cuma 50 Riyal.It is not far from Masjid Nabawi. Buku2 agama pun boleh bargain kat kawasan pasar malam Madinah yg berdekatan. Kalau pi beli kat dedicated kedai... "Masya Allah...Ghalli jiddan-jiddan" (Mahal banget).

8. Kalau berani pi sendiri ( a bit of working arabic is required), usahakan ziarah sendiri ke Masjid Quba' menaiki teksi. Pastikan anda ada wuduk sejak dari hotel. Sampai sana terus solat tahiyatul Masjid or kalau mai pagi boleh Solat dhuha terus. Ganjarannya sama dgn 1 pahala umrah - sumber dari Hadith Nabi. Penulis mencuba pi berjalan kaki tapi hahaha.... tersampai ke lain destinasi... terlajak ke Makam Shuhada kat Uhud. Tengok sendiri besarnya bukit Uhud - itu baru satu Qirat - separuh pahala menyertai solat jenazah. So anda tau apa nak buat kan?

9. Kalau pi Masjidilharam / Masjid Nabi dan bukan dalam Ihram (bagi lelaki) usahakan pakai setokin kaki. Why? They use strong chemicals to wash the floors. Selamatkan kaki anda dari bahan yang mengkakis ini! Jgn lupa bring a sejadah utk lapik tempat solat... sejuk!

10. Nak keluar pi renew wuduk yg terbatal payah. So pls bring along the spray bottle. it can be very handy. Tak cukup air or kalau habis isikan aje dgn air zam-zam. Else bila kita balik tempat kIta dok Tadi dah org lain dah "camping"! Penulis bantai aje ambil wuduk kat tempat minum air zam-zam (piped water).

11. Bila nak tukar currency to Riyal? Tak payah! To be safe anda ada 2 pilihan. Keluarkan duit Tabung Haji anda menggunakan kad smart-tag yg ada barcode akaun anda (TH akan kasi kat Kelana Jaya) atau anda buka akaun dgn Rajhi Bank. Penulis dah ada akaun Debit Card Visa Rajhi Bank dah lebih 3 tahun. Thanks to Bro Amir Alfatakh yg cadangkan kat aku masa reunion Maahaad dulu. Saja buat camni sebab taknak que lama kat kaunter TH di Madinah & Makkah. Lagipun kaunter depa ni bukan beroperasi setiap masa. Rahji Bank banyak cawangan. Kalau ATM down pun Percayalah ada aje ATM lain a few blocks away. Jgn takut..menu in english and in Bahasa Malaysia pun ada.

12. A trip as exiting as this one would be a photo treasure hunt. Don't get caught with a malfunction gears. Extra batteries & memory cards could be handy. For this trip I bought 2 fully manual point and shoot film camera (the Golden Half and the Ultra Wide and Slim); 1 Nikon 200 point and shoot film camera fully automatic; and my trusted pocket Sanyo Video Cam cum still camera. So far I had already send 2 rolls of film for development only - kosnya 5 Riyal Utk 1 gulung. Balik Malaysia nanti I will hantar the duly developed film negatives for scanning @ RM5 per roll. Caution : ladies jgn bawak masuk any form of camera/phones dlm Masjid. Wajib Kena rampas! No restrictions utk kita kaum Adam.

13. Prepaid Telephone lines. Sampai je kat Jeddah or Madinah banyak ulat jual simcard. Ramai dah jadi mangsa. Harga simpack berbeza-beza. Isi dalam pun berbeza-beza. Call rate pun berbeza-beza. Ramai tak sabar to call their loved ones back home main Beli aje. Bersabarlah. Lebih baik Beli simcard kat kedai telekomunikasi in Makkah or Madinah yg proper. Kalau Beli kat tepi Jalan or melalui org tengah eg pekerja hotel expect to pay some premium. For me I simply bought a dataline MOBILY for my pocket pc. Good for 5gig of data for Facebook and I am actually writing this whilst being connected to Mobily.

Saturday, November 6, 2010

Tazkirah - apakah tujuan & hala tuju kita betul?

Petikan tazkirah subuh di Makkah sebentar tadi mengenai Haji Mabrur bukan setakat terhad kepada ibadah Haji sahaja tapin juga merangkumi semua ibadah dan tatacara kehidupan dan juga mengenai masalah ketidaksungguhan kita melaksanakan Hukum Allah - diringkaskan dalam bentuk pantun oleh pemberi tazkirah. Ayat AlQuran mengenai akibat tidak menjalankan Hukum Allah diterangkan dengan jelas dan mudah difahami dan juga mengenai akibat murtad, kemudian mati tidak bertaubat iaitu gugur kesemua amalan kebaikan yang pernah dilaksanakan semasa didunia dan temasuk golongan kafir yang akan kekal menjadi Ashabul Nar buat selama-lamanya.

Dari Balik Pulau ke Bayan Lepas,
Dunia terpulau Akhirat terlepas
Takde kira UMNO ataupun PAS!

Mengejar Maghfirah

First posting.

Bertolak ke Jeddah 25/10/2010 melalui penerbangan KT55. Hanya aku dan ayah dalam pemergian ke Makkah kali ini. Maya dan mama akan menyusul kemudian kerana hanya kami berdua sahaja yang mendapat penempatan muassasah. Setibanya didalam Kompleks TH Kelana Jaya kami disambut mesra oleh seorang adik petugas TH yang memberikan layanan istimewa kerana aku mengiringi ayah yang memerlukan bantuan - ayah perlu ditolak dengan kerusi roda.

Bas-bas lain yang mengangkut jemaah haji KT55 - lokasi sempadan pagar keselamatan KLIA

Segala pemeriksaan baggasi dan dokumen perjalanan dilakukan di Kompleks TH Kelana Jaya dan kami menaiki konvoi bas 13 buah diiringi escort polis ke KLIA terus ke pesawat terbang 2 tingkat dan aku ditempatkan betul dibelakang bilik kapten. Ayah pula aku minta budibicara petugas agar duduk sahaja dekat tangga masuk di bawah kerana tangga menaiki business class agak curam.

Penerbangan diserikan dengan tontonan video tatacara manasik Haji dan Umrah... dan makan..makan..dan makan lagi.

Pesawat kami setelah selamat mendarat di Jeddah

Pendaratan di Jeddah amat lancar dan terus sahaja kami mengerjakan solat jamak takhir dikaki lima ruang menunggu lapangan terbang Jeddah.


Tiba masa untuk pengurusan imigresyen aku menghadapi masalah! Aku terpaksa berdiri sekian lama untuk menunggu kelulusan komputer. Pegawai berbangsa arab dengan muka yang bengis bertanyakan kepadaku tak kurang dalam 3 bahasa mengenai visa Amerika yang tertera dalam passport antarabangsaku dan juga kenapa aku sering keluar masuk ke Indonesia dan Singapura. Cap kesemua jariku di ambil secara elektronik dan tak seperti orang lain yang hanya diminta menanggalkan kaca mata, aku diarahkan juga untuk menanggalkan kopiah semasa sesi mengambil gambar pengenalan. Apa mereka sangka aku ini terlibat dengan angkara luar yang mengancam keselamatan negara kah?

Akhirnya satu persatu kaunter imigresyen ditutup dan hanya tinggal aku keseorangan seorang diri masih berdiri menunggu dan juga telah masuk waktu solat maghrib. Aku dengan hatin yang hiba atas ujian ini pun dengan berat hati menunaikan solat bersama-sama pegawai-pegawai imigresen arab. Panjang doa yang aku panjatkan agar semuanya selamat. Tak sampai 20 minit (yang mana tempoh tersebut ku rasakan teramat panjang) akhirnya aku dipanggil ke kaunter. Alhamdulillah..baru lepas dan nama aku disahkan bebas dari sebarang rekod buruk. Jemaah lain kesemuanya telah siap menunggu bas untuk ke Madinah. Aku hanya sempat keluar menolak trolley bag kami ke tempat scanning dan bergegas untuk ke kawasan rehat sebelum menaiki bas yang akan membawa kami ke Madinah.

Bas yang dinaiki penulis untuk ke Madinah - ianya tidak laju, tidak selesa (kerusinya tidak boleh dilaraskan, ruang dalaman yang sempit) dipandu bukan oleh penduduk tempatan. Kebarangkalian untuk tersesat jalan dan terlepas check point yang patut dilalui adalah amat tinggi! Hanya doa yang boleh dipanjatkan agar perjalanan kami selamat ke destinasi.

Segalanya bermula di sini!